Saturday, June 14, 2008
Uniquely Bali
Sebuah pulau yang penuh mistik yang dihuni oleh 75% Hindu Bali, 15% Kristian Bali & 10% Muslim. Apabila tiba ke Denpasar Airport dan seterusnya memasuki ruang terminal, anda akan menjamah bauan setangi yang menusuk hidung. Perjalanan dari airport ke Wina, Kuta memakan masa lebih kurang 15 minit dengan jalan yang agak sempit. Sebelum sampai ke Hotel, suasana agak sibuk di pekan Kuta dengan butik-butik/kedai-kedai yang dipenuhi oleh pelancong. Resort dan Hotel di Bali tidak lebih dari 3 tingkat kerana peraturan di sana sememangnya begitu kononnya berkaitan amalan agama hindu Bali. Penduduk di sana menganggap diri mereka sebagai bangsa Bali yang suci walaupun raut wajah mereka tidak ubah seperti orang jawa. Setiap ruang di pekan Kuta akan diletakkan bunga/makanan sembahan ke pada Tuhan mereka. Setiap pelusuk di Bali akan diletakkan Patung Hindu Bali (Altar berwarna Hitam). Tidak hairanlah setiap rumah di Bali mempunyai 'Gazebo Bali' yang digunakan untuk upacara agama Hindu Bali/bersantai dan orang Malaysia pula meniru untuk tujuan bersantai. Bali digelar sebagai Land of God bagi penduduk di sana dan ini diertikan dengan pemujaan setiap hari oleh penduduk. Mungkin bagi pelancong Mat Saleh/Jepun/China, Bali adalah destinasi percutian yang menarik. Bagi saya Bali mempunyai keunikan tersendiri yang tiada di tempat yang lain namun ianya satu destinasi percutian yang biasa. Percutian ini ditaja oleh Qatar Air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment