Saturday, June 14, 2008

Ho Chi Minh - A Motobike City

Penebangan Ke Ho Chi Minh City atau lebih dikenali Sebagai Saigon memakan masa lebih kurang lebih kurang 1 Jam 45 Minit. Airport baru yang agak modern dengan kemudahan baggage yang sangat effective. Saigon merupakan bandar terbesar di Vietnam dengan jumlah penduduknya hampir 8 Juta. Satu keunikan di bandar ini ialah dipenuhi motosikal di mana jumlahnya mencecah 4 Juta. Satu tempat yang mesti di lawati ialah Chu Chi. Chu Chi merupakan satu peninggalan sejarah di mana Gerila Saigon membina terowong bawah tanah untuk bersembunyi semasa Perang Vietnam bagi menetang Amerika. Tidak hairanlah orang Vietnam kebanyakannya bersaiz kecil kerana mereka telah menempuh pelbagai kesukaran/kesusahan untuk hidup ketika menetang tentera Amerika. Ben Than Market adalah pasar tempatan yang popular bagi pelancong di mana pelbagai barang dijual di sana - Kain Sutera, Barang Kraf Tangan dan sebagainya. Agak sukar untuk mendapatkan makanan Halal di bandar ini. Ho Chi Minh/Saigon satu destinasi percutian yang unik dan menarik.

No comments: